Sunday, August 7, 2011

Apa Kata Pengguna Set Bersalin?


Saya tidak nafikan terlalu banyak jenama set bersalin dipasaran. Terpulang kepada anda untuk membuat perbandingan seterusnya menilai untuk memilih yang mana satu.

Bagi memudahkan pemilihan, disini saya sertakan beberapa testimonial daripada pengguna-pengguna set bersalin.

Set bersalin ini telah berada di pasaran sejak awal 2000 dan bertahan sehingga sekarang. Sudah pasti kerana keberkesanannya.



Leceh membancuh dan tidak tahan jamu?

Quote: "Senang sebab dah disediakan jadual utk makan `jamu-jamu` nya. Pada sesiapa yang memang tak suka makan jamu, eloklah cuba set ni sebab jamu dalam bentuk kapsul. Makan pada waktu pagi dan petang."

Quote: "Semuanya pil. Tidak perlu bancuh-bancuh kecuali teh herba. Hanya 5 hari pertama untuk teh herba. Selepas itu, telan pil sahaja sampai habis pantang. Cepat dan mudah. Memang sesuai untuk orang yang tak suka makan jamu."



Menyebabkan sembelit? Pemakaian bengkung dan membantu menguruskan badan.

Quote: "Berani jamin set ni tak menyebabkan sembelit atau side effect pada baby yg minum susu badan. Kalau caesar pun boleh guna set ni. Cuma bengkung kena tunggu sampai luka operation betul-betul sembuh.  Seronok pakai bengkung ni. Perut flat betul. Paling best, boleh pakai sendiri tak perlu minta bantuan orang lain."

Quote: "Masa mula pregnant berat badan 53kg, sampai masa kat labour room dah 73kg. Naik sampai 20kg. Masa pantang beli set dan pakai. So far, so good. Lepas bersalin berat badan maintain 53kg walaupun anak dah 2 tahun 2 bulan."

Quote: "Masa dalam pantang dulu pakai param . Sapu di perut sebelum pakai bengkung. It really works. Perut kempis dan tak kendur selepas 2-3 minggu. Tanda-tanda hitam pada perut pun hilang."



Kesegaran memakai set bersalin ini

Quote: "Saya paling suka minyak bayi kerana bahan-bahan yang digunakan." - boleh dibali berasingan.

Quote: "Suka juga herba mandiannya, baunya wangi dan rasa segar, tidak perlu nak cari daun-daun lain untuk mandi dan saya gunakan ini selama beberapa minggu juga"



 ps: Kesemua testimonial ini adalah daripada internet. InsyaAllah,  lepas saya menggunakannya, dapatlah saya pula hasilkan testimonial.

ps: Dapatkan set bersalin daripada kami dengan harga istimewa. Belilah untuk yang tersayang; diri sendiri, isteri, anak, rakan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment